Dec 28, 2009

Taklimat Praktikal


En Mustakim memberi taklimat latihan praktikal semester Dec '09-Apr '10


Student 1


Student 2

Dec 14, 2009

Taklimat praktikal

makluman kepada pelajar-pelajar semester 5 dan 6 Diploma Pengajian Sukan KSP-UiTM, satu taklimat praktikal dan perjumpaan pertama bersama supervisor praktikal akan diadakan di Kolej Shahputra pada 24hb Disember 2009 jam 10 pg. sila rujuk memo bertarikh 13hb Nov 2009 yg telah saya keluarkan sebelum cuti yg lepas. segala urusan berkaitan pendaftaran anda seperti bayaran yuran juga boleh diuruskan pada tarikh tersebut. sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 012-6271184.harap maklum.

yang benar,
Mustakim Hashim

Dec 11, 2009

PENGUMUMAN PENTING

SEMUA PROGRAM UiTM


KAMPUS KOLEJ SHAHPUTRA KUANTAN
9 DISEMBER 2009

PENDAFTARAN PELAJAR UiTM BAGI SESI
DISEMBER-APRIL 2009/2010

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran sebagai pelajar SEMESTER DISEMBER - APRIL 2009 bagi SEMUA PROGRAM UiTM akan diadakan mengikut jadual di bawah. Sila pastikan saudara/i membaca arahan pendaftaran ini dengan teliti dan patuhi arahan/panduan PENTING agar pendaftaran berjalan lancar.

TARIKH : 29 DISEMBER 2009(SELASA)
MASA : 9:00 AM – 3:30 PM
SEMESTER : SEMUA SEMESTER / SEMUA PROGRAM
TEMPAT : SHAHPUTRA KUANTAN

Pelajar yang gagal mendaftar akan menyebabkan masalah pembiayaan Yuran Pengajian Daripada Pihak Uitm. ini disebabkan pihak kolej akan menghantar senarai nama pelajar kepada pihak UiTM berdasarkan pendaftaran pelajar di kolej. Sila maklumkan kepada penyelaras atau Unit Rekod jika masalah berkaitan pendaftaran.

PERATURAN PENDAFTARAN ( sila baca keseluruhan peraturan dibawah )


1. Bayaran pendaftaran RM 300 boleh dilakukan setelah keputusan dikeluarkan oleh pihak UiTM. Sila rujuk Portal Pelajar anda.

2. Pelajar Yang Berjaya Meneruskan Pengajian dikehendaki membuat bayaran pendaftaran UiTM RM 300.00 di Kolej Shahputra sahaja. (sebelum ini pelajar dikehendaki membayar di Bank Islam. Bagi memudahkan pelajar, sila bayar di kaunter bayaran Kolej Shahputra sahaja)

3. Pelajar yang tidak membuat pembayaran pendaftaran UiTM RM 300 dalam tempoh 14 hari selepas tarikh pendaftaran yang ditetapkan boleh menyebabkan penguguran status pelajar secara automatic seperti PARA 2.3 PERATURAN AKADEMIK 2005.

4. Bagi pelajar yang ingin menangguhkan pengajian pada semester tersebut, pembayaran pendaftaran RM 300 wajib dijelaskan seperti peraturan pendaftaran 2 serta mengisi borang penanguhan di kolej. ( Sila berurusan dengan penyelaras ).


5. Denda lewat mendaftar dari tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan adalah pada kadar RM10.00 dan ditambah RM5.00 untuk setiap hari yang berikutnya.

6. Seseorang pelajar, tertakluk kepada lulus dalam peperiksaan dan bebas daripada hukuman tatatertib penggantungan/pembuangan, Dengan Rasminya Menjadi Seorang Pelajar Uitm setelah mendapatkan pengesahan bayaran, mendaftar di kolej dan menyempurnakan pendaftaran kursus.

7. Pelajar diwajibkan membuat pembayaran yuran pendaftaran di kolej . berikut adalah bayaran yang dikenakan :



BIL SEMESTER BARU JUMLAH
1 PELAJAR SEM 2 ,3, 4 , 5 & 6 RM 250
2 PELAJAR SEM 7 RM 100
3 PELAJAR SEM 8 dan 9 RM 50



8. Pelajar yang mengikuti Latihan Amali juga wajib mendaftar pada tarikh tersebut.

9. PELAJAR DIWAJIBKAN BERPAKAIAN KEMAS PADA HARI PENDAFTARAN.

10. Pelajar tajaan persendirian dikehendaki menjelaskan yuran pengajian tertunggak, dan yuran penginapan ( jika ada ) pada hari pendaftaran. Sebarang masalah sila hubungi Bahagian Kewangan.

11. Kelewatan mendaftar dari tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan proses penyediaan jadual dan masalah pendaftaran subjek. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab jika perkara tersebut berlaku kepada pelajar.


PENTING : Pelajar yang tidak mendaftar tanpa kebenaran Universiti dalam tempoh 14 hari selepas tarikh pendaftaran yang ditetapkan , status sebagai pelajar UiTM secara automatik digugurkan (Peraturan Akademik 2.3.1).

Sebarang masalah berkaitan Penagguhan Pendaftaran Dan Penagguhan Akademik sila mendapatkan kebenaran penyelaras mengikut program masing-masing. Sila hubungi : 09-573 7777 sambungan : Bahagian Akademik.



PROGRAM NAMA PENYELARAS
AD 114 / AD 116 CIK NANA
AS120 PN FADILAH
HM111 PN HAZI
HS110 CIK AISYAH
MC110 CIK KU
OM114 CIK IDA
SR113 PN SUHAILA