Mar 26, 2011

SEMANGAT UNTUK SUKOB

Bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah berlangsung perlawanan bola tampar yang juga persediaan pasukan SUKOB Kolej Universiti Shahputra. Sejajar dengan kenaikkan taraf Kolej Shahputra kepada Kolej Universiti Shahputra telah membakar semangat pemain-pemain pasukan kita. Apa yang penting dan lagi membanggakan ialah kebanyakkan dari barisan pemain dalah terdiri dari pelajar Diploma Pengajian Sukan (SR113). Terima kasih juga dengan sokongan serta bimbingan dari semua pensyarah dan pengurusan Kolej Universiti Shahputra

Aksi dan gelagat pasukan bola tampar lelaki


Pasukan wanita kita sedang beraksi


Barisan jurulatih, pengurus dan pasukan physiotheraphy

Kepada semua pemain dan jurulatih pasukan, kalah dan menang adalah adat pertandingan, yang penting adalah semangat bermain dan sepasukan. Sediakan diri dengan memantapkan fizikal dan juga mental sepanjang permainan. Strategi perlu dibuat bukan sahaja dari segi teknik dan taktik permaian, tetapi perlu dari segi psychology pemaianan. sila kaji penggunaan teknik psychology dalam permainan ye....

Mar 9, 2011

Anugerah Kecemerlangan Akademik

Tanggal 9 March 2011 merupakan hari paling indah bagi pelajar yang telah berjaya mencapai GPA 3.5 ke atas di dalam peperiksaan akhir Oktober 2010. Pihak kolej telah melangsungkan satu Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi meraikan pelajar-pelajar yang berjaya mencapai GPA tersebut. Pelajar Diploma Pengajian Sukan juga tidak ketinggalan dalam majlis yang penuh bermakna ini. Seramai 4 orang pelajar dari jurusan ini telah berjaya memperoleh GPA 3.5 ke atas. Berikut adalah pelajar dari Program Pengajian Sukan yang telah berjaya memperoleh GPA 3.5 ke atas :

Nor Aswanty binti Che Mohd Sota
GPA: 3.70

Mohammad Ridzuan bin Abdul Rahim
GPA: 3.59
Muhammad Izzul Islam bin Abdul Hadi
GPA: 3.56

Nor Aisha binti Alias
GPA: 3.54
Secara tidak langsung nya,mereka telah berjaya mengharumkan nama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta menaikan martabat fakulti ini. Dengan berjayanya mereka mencapai Anugerah Dekan,maka terbuktilah jurusan ini bukan sahaja berjaya dalam bidang sukan bahkan cemerlang dalam akademik juga. Berikut adalah gambar-gambar mereka ketika Majlis Anugerah Akademik dilangsungkan :

Sekalung tahniah dari semua warga FSR

Wajah-wajah gembira


Mar 8, 2011

SR113 KE ARAH "UNIVERSITY COLLEGE SHAHPUTRA"

Pada 26 dan 27 Februari yang lalu, Kolej Shahputra telah menganjurkan satu karnival iaitu Karnival Pendidikan Shahputra 2011. Karnival ini telah dilangsungkan di East Coast Mall Kuantan. Sepanjang 2 hari karnival ini dilangsungkan, banyak aktiviti yang telah disediakan oleh setiap kursus yang ditawarkan di Shahputra dan telah mengambil bahagian sepanjang karnival ini. Tidak ketinggalan, Program Diploma Pengajian Sukan yang turut terlibat bagi menjayakan Karnival Pendidikan Shahputra pada hari tersebut. Diploma Pengajian Sukan UiTM-KSP telah menganjurkan 1 pertandingan yang telah mendapat sambutan dan tarikan iaitu "Aerobic Dance Competition". Pertandingan aerobik tersebut dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori sekolah menengah dan kategori IPT. Pertandingan ini adalah julung-julung kalinya diadakan dan di anjurkan oleh program ini. Pada pandangan mata kasar, aktiviti-aktiviti seperti ini perlu diperbanyakan bagi melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan mindanya. Akhir kata, tahniah kepada semua pemenang Aerobic Dance Competition dan pada yang tidak berjaya teruskan usaha anda, kalah tidak beerti mengalah dan majulah sukan untuk negara.