Mar 8, 2011

SR113 KE ARAH "UNIVERSITY COLLEGE SHAHPUTRA"

Pada 26 dan 27 Februari yang lalu, Kolej Shahputra telah menganjurkan satu karnival iaitu Karnival Pendidikan Shahputra 2011. Karnival ini telah dilangsungkan di East Coast Mall Kuantan. Sepanjang 2 hari karnival ini dilangsungkan, banyak aktiviti yang telah disediakan oleh setiap kursus yang ditawarkan di Shahputra dan telah mengambil bahagian sepanjang karnival ini. Tidak ketinggalan, Program Diploma Pengajian Sukan yang turut terlibat bagi menjayakan Karnival Pendidikan Shahputra pada hari tersebut. Diploma Pengajian Sukan UiTM-KSP telah menganjurkan 1 pertandingan yang telah mendapat sambutan dan tarikan iaitu "Aerobic Dance Competition". Pertandingan aerobik tersebut dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori sekolah menengah dan kategori IPT. Pertandingan ini adalah julung-julung kalinya diadakan dan di anjurkan oleh program ini. Pada pandangan mata kasar, aktiviti-aktiviti seperti ini perlu diperbanyakan bagi melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan mindanya. Akhir kata, tahniah kepada semua pemenang Aerobic Dance Competition dan pada yang tidak berjaya teruskan usaha anda, kalah tidak beerti mengalah dan majulah sukan untuk negara.

No comments: