Showing posts with label akademik. Show all posts
Showing posts with label akademik. Show all posts

Mar 9, 2011

Anugerah Kecemerlangan Akademik

Tanggal 9 March 2011 merupakan hari paling indah bagi pelajar yang telah berjaya mencapai GPA 3.5 ke atas di dalam peperiksaan akhir Oktober 2010. Pihak kolej telah melangsungkan satu Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi meraikan pelajar-pelajar yang berjaya mencapai GPA tersebut. Pelajar Diploma Pengajian Sukan juga tidak ketinggalan dalam majlis yang penuh bermakna ini. Seramai 4 orang pelajar dari jurusan ini telah berjaya memperoleh GPA 3.5 ke atas. Berikut adalah pelajar dari Program Pengajian Sukan yang telah berjaya memperoleh GPA 3.5 ke atas :

Nor Aswanty binti Che Mohd Sota
GPA: 3.70

Mohammad Ridzuan bin Abdul Rahim
GPA: 3.59
Muhammad Izzul Islam bin Abdul Hadi
GPA: 3.56

Nor Aisha binti Alias
GPA: 3.54
Secara tidak langsung nya,mereka telah berjaya mengharumkan nama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta menaikan martabat fakulti ini. Dengan berjayanya mereka mencapai Anugerah Dekan,maka terbuktilah jurusan ini bukan sahaja berjaya dalam bidang sukan bahkan cemerlang dalam akademik juga. Berikut adalah gambar-gambar mereka ketika Majlis Anugerah Akademik dilangsungkan :

Sekalung tahniah dari semua warga FSR

Wajah-wajah gembira