May 23, 2011

Karnival Sukan Masiswa Zon Pantai Timur

Pada tanggal 18 Mei hingga 21 Mei yang lepas telah berlangsung nya Karnival Sukan Masiswa Zon Pantai Timur yang mana melibatkan beberapa buah IPTS di Pantai Timur, Kolej Universiti Shahputra juga turut tidak ketinggalan mengambilan bahagaian dalam karnival sukan ini. Beberapa acara telah dipertandingkan seperti futsal,bola sepak,badminton,bola tampar,bola jaring dan takraw. Semua atlet telah bertungkus lumus bagi mempertahankan kejuaraan yang telah disandang selama 2 tahun berturut-turut, malang nya kontijen Kolej Universiti Shahputra hanya dapat merangkul tempat kedua bagi mata keseluruhan. Namun yang demikian, bagi kami semua, Shahputra tetap champion dan nombor 1. Warga SR113 juga turut terlibat bagi memeriahkan karnival sukan tersebut,tidak ketinggalan bekas pelajar SR113 juga turut terlibat bagi menjayakan karnival kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam Karnival Sukan Masiswa Zon Pantai Timur 2011.
Pasukan Futsal Lelaki & Wanita

Pasukan Bola Jaring

Pasukan Bola Sepak

Pasukan Bola Tampar Wanita

Pasukan Bola Tampar Lelaki

Pasukan Takraw

Mar 26, 2011

SEMANGAT UNTUK SUKOB

Bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah berlangsung perlawanan bola tampar yang juga persediaan pasukan SUKOB Kolej Universiti Shahputra. Sejajar dengan kenaikkan taraf Kolej Shahputra kepada Kolej Universiti Shahputra telah membakar semangat pemain-pemain pasukan kita. Apa yang penting dan lagi membanggakan ialah kebanyakkan dari barisan pemain dalah terdiri dari pelajar Diploma Pengajian Sukan (SR113). Terima kasih juga dengan sokongan serta bimbingan dari semua pensyarah dan pengurusan Kolej Universiti Shahputra

Aksi dan gelagat pasukan bola tampar lelaki


Pasukan wanita kita sedang beraksi


Barisan jurulatih, pengurus dan pasukan physiotheraphy

Kepada semua pemain dan jurulatih pasukan, kalah dan menang adalah adat pertandingan, yang penting adalah semangat bermain dan sepasukan. Sediakan diri dengan memantapkan fizikal dan juga mental sepanjang permainan. Strategi perlu dibuat bukan sahaja dari segi teknik dan taktik permaian, tetapi perlu dari segi psychology pemaianan. sila kaji penggunaan teknik psychology dalam permainan ye....

Mar 9, 2011

Anugerah Kecemerlangan Akademik

Tanggal 9 March 2011 merupakan hari paling indah bagi pelajar yang telah berjaya mencapai GPA 3.5 ke atas di dalam peperiksaan akhir Oktober 2010. Pihak kolej telah melangsungkan satu Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi meraikan pelajar-pelajar yang berjaya mencapai GPA tersebut. Pelajar Diploma Pengajian Sukan juga tidak ketinggalan dalam majlis yang penuh bermakna ini. Seramai 4 orang pelajar dari jurusan ini telah berjaya memperoleh GPA 3.5 ke atas. Berikut adalah pelajar dari Program Pengajian Sukan yang telah berjaya memperoleh GPA 3.5 ke atas :

Nor Aswanty binti Che Mohd Sota
GPA: 3.70

Mohammad Ridzuan bin Abdul Rahim
GPA: 3.59
Muhammad Izzul Islam bin Abdul Hadi
GPA: 3.56

Nor Aisha binti Alias
GPA: 3.54
Secara tidak langsung nya,mereka telah berjaya mengharumkan nama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta menaikan martabat fakulti ini. Dengan berjayanya mereka mencapai Anugerah Dekan,maka terbuktilah jurusan ini bukan sahaja berjaya dalam bidang sukan bahkan cemerlang dalam akademik juga. Berikut adalah gambar-gambar mereka ketika Majlis Anugerah Akademik dilangsungkan :

Sekalung tahniah dari semua warga FSR

Wajah-wajah gembira


Mar 8, 2011

SR113 KE ARAH "UNIVERSITY COLLEGE SHAHPUTRA"

Pada 26 dan 27 Februari yang lalu, Kolej Shahputra telah menganjurkan satu karnival iaitu Karnival Pendidikan Shahputra 2011. Karnival ini telah dilangsungkan di East Coast Mall Kuantan. Sepanjang 2 hari karnival ini dilangsungkan, banyak aktiviti yang telah disediakan oleh setiap kursus yang ditawarkan di Shahputra dan telah mengambil bahagian sepanjang karnival ini. Tidak ketinggalan, Program Diploma Pengajian Sukan yang turut terlibat bagi menjayakan Karnival Pendidikan Shahputra pada hari tersebut. Diploma Pengajian Sukan UiTM-KSP telah menganjurkan 1 pertandingan yang telah mendapat sambutan dan tarikan iaitu "Aerobic Dance Competition". Pertandingan aerobik tersebut dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori sekolah menengah dan kategori IPT. Pertandingan ini adalah julung-julung kalinya diadakan dan di anjurkan oleh program ini. Pada pandangan mata kasar, aktiviti-aktiviti seperti ini perlu diperbanyakan bagi melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan mindanya. Akhir kata, tahniah kepada semua pemenang Aerobic Dance Competition dan pada yang tidak berjaya teruskan usaha anda, kalah tidak beerti mengalah dan majulah sukan untuk negara.

Dec 11, 2010

Overview

Good day all! Have you ever heard of Kolej Shahputra?????Kolej Shahputra is offering tremendously attractive and interesting courses. You will be absolutely stunned with the phenomenal view of Kolej Shahputra and amazed of the surronding area. One of the courses offered by Kolej Shahputra is Diploma in Sport Science.

Sports studies focused on the application of management skills in sports and recreational organisations. Students also learn different aspects of the sports industry. Sports science focused on the application of scientific methods on performance. Studies in these areas prepared students for career in the fitness industry, and/or any industry that is directly or indirectly related to sports science. It also ensures that students have the opportunity to work with elite performers, training programmes and research in sports.






Jan 28, 2010

UTM Sports Carnival








16-17 January 2010 telah berlangsung satu karnival sukan bagi kolej program kerjasama UTM di Polisas. Student SR 113 (Apek,Iqbal,Ayie,Fitri part 4) telah dilantik sebagai physiotherapist kontingen kolej shahputra. Secara tidak langsung ini membuktikan bahawa pelajar SR 113 mampu bagi mengendalikan masalah kecederaan sukan. Pada hari yang sama juga satu sesi pemilihan ragbi sukma kontingen pahang telah diadakan di padang kemunting yang dihadiri oleh Muz part 4 sebagai atlet ragbi harapan kolej. Good Luck to Muz...

Jan 10, 2010

Permohonan Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Lepasan Diploma/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011



1. PEMBELIAN NOMBOR UNIT ID BSN (4HB JAN 2010)

2. PENGISIAN SECARA ONLINE di (upu.mohe.gov.my)

3. TARIKH TUTUP PERMOHONAN (4HB FEB 2010)


Peringatan:

plz make TRIPLE CHECK before submit that application.. PLEASE!!!!!

Good Luck For All..

SALAM

Dec 28, 2009

Taklimat Praktikal


En Mustakim memberi taklimat latihan praktikal semester Dec '09-Apr '10


Student 1


Student 2

Dec 14, 2009

Taklimat praktikal

makluman kepada pelajar-pelajar semester 5 dan 6 Diploma Pengajian Sukan KSP-UiTM, satu taklimat praktikal dan perjumpaan pertama bersama supervisor praktikal akan diadakan di Kolej Shahputra pada 24hb Disember 2009 jam 10 pg. sila rujuk memo bertarikh 13hb Nov 2009 yg telah saya keluarkan sebelum cuti yg lepas. segala urusan berkaitan pendaftaran anda seperti bayaran yuran juga boleh diuruskan pada tarikh tersebut. sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 012-6271184.harap maklum.

yang benar,
Mustakim Hashim

Dec 11, 2009

PENGUMUMAN PENTING

SEMUA PROGRAM UiTM


KAMPUS KOLEJ SHAHPUTRA KUANTAN
9 DISEMBER 2009

PENDAFTARAN PELAJAR UiTM BAGI SESI
DISEMBER-APRIL 2009/2010

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran sebagai pelajar SEMESTER DISEMBER - APRIL 2009 bagi SEMUA PROGRAM UiTM akan diadakan mengikut jadual di bawah. Sila pastikan saudara/i membaca arahan pendaftaran ini dengan teliti dan patuhi arahan/panduan PENTING agar pendaftaran berjalan lancar.

TARIKH : 29 DISEMBER 2009(SELASA)
MASA : 9:00 AM – 3:30 PM
SEMESTER : SEMUA SEMESTER / SEMUA PROGRAM
TEMPAT : SHAHPUTRA KUANTAN

Pelajar yang gagal mendaftar akan menyebabkan masalah pembiayaan Yuran Pengajian Daripada Pihak Uitm. ini disebabkan pihak kolej akan menghantar senarai nama pelajar kepada pihak UiTM berdasarkan pendaftaran pelajar di kolej. Sila maklumkan kepada penyelaras atau Unit Rekod jika masalah berkaitan pendaftaran.

PERATURAN PENDAFTARAN ( sila baca keseluruhan peraturan dibawah )


1. Bayaran pendaftaran RM 300 boleh dilakukan setelah keputusan dikeluarkan oleh pihak UiTM. Sila rujuk Portal Pelajar anda.

2. Pelajar Yang Berjaya Meneruskan Pengajian dikehendaki membuat bayaran pendaftaran UiTM RM 300.00 di Kolej Shahputra sahaja. (sebelum ini pelajar dikehendaki membayar di Bank Islam. Bagi memudahkan pelajar, sila bayar di kaunter bayaran Kolej Shahputra sahaja)

3. Pelajar yang tidak membuat pembayaran pendaftaran UiTM RM 300 dalam tempoh 14 hari selepas tarikh pendaftaran yang ditetapkan boleh menyebabkan penguguran status pelajar secara automatic seperti PARA 2.3 PERATURAN AKADEMIK 2005.

4. Bagi pelajar yang ingin menangguhkan pengajian pada semester tersebut, pembayaran pendaftaran RM 300 wajib dijelaskan seperti peraturan pendaftaran 2 serta mengisi borang penanguhan di kolej. ( Sila berurusan dengan penyelaras ).


5. Denda lewat mendaftar dari tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan adalah pada kadar RM10.00 dan ditambah RM5.00 untuk setiap hari yang berikutnya.

6. Seseorang pelajar, tertakluk kepada lulus dalam peperiksaan dan bebas daripada hukuman tatatertib penggantungan/pembuangan, Dengan Rasminya Menjadi Seorang Pelajar Uitm setelah mendapatkan pengesahan bayaran, mendaftar di kolej dan menyempurnakan pendaftaran kursus.

7. Pelajar diwajibkan membuat pembayaran yuran pendaftaran di kolej . berikut adalah bayaran yang dikenakan :



BIL SEMESTER BARU JUMLAH
1 PELAJAR SEM 2 ,3, 4 , 5 & 6 RM 250
2 PELAJAR SEM 7 RM 100
3 PELAJAR SEM 8 dan 9 RM 50



8. Pelajar yang mengikuti Latihan Amali juga wajib mendaftar pada tarikh tersebut.

9. PELAJAR DIWAJIBKAN BERPAKAIAN KEMAS PADA HARI PENDAFTARAN.

10. Pelajar tajaan persendirian dikehendaki menjelaskan yuran pengajian tertunggak, dan yuran penginapan ( jika ada ) pada hari pendaftaran. Sebarang masalah sila hubungi Bahagian Kewangan.

11. Kelewatan mendaftar dari tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan proses penyediaan jadual dan masalah pendaftaran subjek. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab jika perkara tersebut berlaku kepada pelajar.


PENTING : Pelajar yang tidak mendaftar tanpa kebenaran Universiti dalam tempoh 14 hari selepas tarikh pendaftaran yang ditetapkan , status sebagai pelajar UiTM secara automatik digugurkan (Peraturan Akademik 2.3.1).

Sebarang masalah berkaitan Penagguhan Pendaftaran Dan Penagguhan Akademik sila mendapatkan kebenaran penyelaras mengikut program masing-masing. Sila hubungi : 09-573 7777 sambungan : Bahagian Akademik.



PROGRAM NAMA PENYELARAS
AD 114 / AD 116 CIK NANA
AS120 PN FADILAH
HM111 PN HAZI
HS110 CIK AISYAH
MC110 CIK KU
OM114 CIK IDA
SR113 PN SUHAILA

Nov 23, 2009

List of Courses

Students are compulsory to take all the subjects below.

Semester 1
  • Introduction To Anatomy & Physiology
  • Computer Application In Sport
  • Pre Calculus
  • Profesional Activity(Swimming & Golf)

Semester 2

  • Management in Sport
  • Outdoor Recreation
  • Sport Safety & Emergency Care
  • Introduction To Kinesiology

Semester 3

  • Principles of Sport Economics
  • Exercise Physiology
  • Physical Conditioning
  • Understanding Human Behaviour

* Students will undergo practical training during semester break ( May- July) only.

Semester 4

  • Test, Measurement & Evaluation in Sport
  • Introduction to Sport Biomechanic
  • Sport Sociology
  • Sport Facilities Management
  • Theory & Methodology of Training
  • Aquisition of Sport Skills

Semester 5

  • Principles of Human Nutrition
  • Accounting & Finance in Sport
  • Legal Aspects in Sport & Recreation
  • Sport Event Management

Entry Requirements

Passed SPM / SPM(V) with 5 credit inclusive of:

  • Bahasa Melayu
  • English
  • Mathematics OR Additional Mathematics
  • Any other 2 subjects

Credit in either: Physics / Chemistry / Biology / Science / Additional Science
Pass an interview & fitness test conducted by the faculty.


or


Pass in Pre Commerce (PD003) or Pre Science (PD008) from UiTM
Pass an interview & fitness test conducted by the faculty.